Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t,
Apa khabar akhawati fillah? Saya doakan antunna semua sihat iman dan kencang berlari walau di mana jua antunna berada. InshaAllah hari ni turn saya untuk share sedikit cerita mungkin untuk peringatan buat kita bersama.
Mungkin ada antara kita yang punya aim yang besar untuk summer break kali ini dan begitu juga saya. Sebelum itu, ingin saya share satu hadis mengenai berbakti kepada ibu bapa.
Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra., ia berkata:
Seseorang datang menghadap Nabi saw. memohon izin untuk ikut berperang. Nabi saw. bertanya: Apakah kedua orang tuamu masih hidup? Orang itu menjawab: Ya. Nabi saw. bersabda: Maka kepada keduanyalah kamu berperang (dengan berbakti kepada mereka). (Shahih Muslim No.4623)
Kenapa saya nak share tentang hadis yang berkaitan berbakti kepada ibu bapa? Indahnya aturan Allah, memang sewaktu memulakan perjalanan pulang ke Malaysia, saya memulakan permusafiran saya dengan satu niat untuk mentarbiyah ibu bapa dan family terdekat. Dan Allah memang uji saya dengan keadaan di mana saya perlu main tarik tali dengan ibu bapa untuk buat kerja-kerja dakwah. Yang saya maksudkan dengan tarik tali ini ialah saya perlu mencari berbagai-bagai helah dan cara untuk saya spend masa saya untuk syura online, uskab dan program-program summer. Menyingkap tentang hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah B Umar ra, Rasullullah menyuruh kita untuk lebih mengutamakan ibu bapa berbanding pergi berperang. Kalau dalam konteks kita, medan dakwah kita inshaAllah. Tetapi bukan bermakna tidak melibatkan diri langsung dengan hal dakwah hanya semata-mata ibu bapa. Suka saya untuk mengingatkan diri saya sendiri yang terutama dan antunna tentang jangan sekali-kali menyebabkan ayah dan ibu kita kecewa terhadap diri kita hanya kerana alasan dakwah. Apatah lagi sekiranya ibu dan ayah kita masih lagi dalam fasa nak memahami kegiatan dan penglibatan anaknya dalam aktiviti dakwah. Kerana takut-takut hal ini boleh menyebabkan fitnah kepada tugas dakwah yang mulia ini.
Teringat suatu perkongsian daripada seorang ukht dan perkara ini ada disentuh oleh Fathi Yakan dalam tulisannya yang bertajuk, “Isti’ab”, sebuah buku yang menarik untuk kita semua fahami dan hadam setiap isi kandungannya. Antara salah satu minimum requirement untuk seorang da’ie dari aspek luaran ialah Qudwah. Umum mengetahui qudwah ini bermaksud teladan. So, dalam sibuk kita dengan kerja-kerja dakwah kita, jangan kita lupa yang kita ini adalah figure kepada seorang yang membawa imej Islam. Andai kita merasakan susahnya untuk mengajak dan menyeru ahli keluarga kita kepada Islam, mulakan dengan perbuatan dan ahlak kita. Dengan menunjukkan contoh ahlak yang baik dan amal ibadah yang benar-benar ikhlas, inshaAllah masyarakat di sekeliling kita akan faham dan jelas dengan tugas kita malahan mereka akan lebih hormat kepada kita. Dan dengan itu, teruslah merebut peluang ini untuk mengajak mereka kepada Islam dan yang terutama kepada Allah. Manfaatkan setiap moment yang ada antara kita dan ahli keluarga untuk diselit-selitkan cerita-cerita yang berbaur peringatan. Kerana saya yakin dan percaya, Allah akan sentiasa membantu kita asalkan niat kita memang benar dan jelas hanya untuk mendapat redhaNya.
Allahu’alam..

No comments:
Post a Comment