Bersyukur sangat-sangat untuk segala nikmat yang Allah kurniakan buat diri ini. Dari sekecil-kecil nikmat hingga nikmat yang memang tidak dapat dihitung nilainya.
Menghirup udara lembap di Bumi Malaysia membuat hati ini sayu dan gembira. Sayu kerana terlalu merindukannya, gembira kerana langkah ku akan bermula dan musim panas kali ini menjadi satu platform buatku menguji sejauh mana istiqamahku dan mujahadahku untuk melawan segala mehnah yang menghalang laluan ku ini.
Aku hanya ingin derap langkah ku tetap bertapak di atas jalan ini. Aku hanya ingin jiwa ini terus memberi dan terus memberi kepada insan sejagat.
Untuk itu; Aim Summer 2012
1) Pengukuhan Tsaqafah (bahan)
2) Qudwah Hasanah kepada family dan masyarakat sekeliling
3) Tarbiyah family dan insan2 tersayang
Pelaksanaan:
1) Amar Makruf
2) Nahi Munkar
3) Bacaan
Updates terbaru:
1) sudah tamat pembacaan buku Tarbiyah Dzatiyah (summary akan dibuat next thread)
2) next buku Tauhid Zindani
Allahu'alam
Diri ini,
Nur Aini
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete