Sunday, December 2, 2012

Action speaks louder

Memulakan sesuatu dengan niat itu memang baik, kerana itu Islam sentiasa menganjurkan umatnya untuk pasang niat sebelum laksanakan sesuatu pekerjaan, agar apa yang diniatkan akan tampak keberhasilannya. 

Hari ini, aku melihat ramai yang bijak berkata, namun aku melihat tiada pula impak disebalik kata-kata itu. Dan aku melihat, ada yang hanya diam membisu tetapi bijak mengatur langkah menyelinap dalam celah-celah kehidupan manusia. Kagum sungguh aku rasakan kerana aku bukan begitu. Aku bukan seorang yang petah dalam bicara dan aku juga lemah dalam menunjukkan ahlak yang terpuji, ahlak yang suci. 

Alangkah malu diri ini, sanggup menjaja kepada umum yang aku adalah para penyeru! tetapi aku masih lagi merangkak-rangkak perbetulkan diri. Setiap hari, aku muhasabah diriku kembali, di mana silapku, ya, aku tahu puncanya apa..

Kerana aku belum cukup lagi menghambakan diriku kepada Penciptaku..kepada Yang Satu..Allahu Rabbi, faghfirli ya Allah, faghfirli ya Rahman, faghfirli ya Rahim. HambaMu ini insan yang lemah, berikan padaku kekuatan dan kesabaran seperti para nabi dan rasul untukku terus tsabat di atas jalanMu.

Hari ini, aku menyedari akan hakikat ahlak itu yang pertama sekali ditontonkan kepada khalayak. Walau segunung nasihat dan peringatan ku ucapkan, andai ia tidak diterjemah dengan perbuatan, sia-sia belaka semuanya, kerana apa? kerana fitrah manusia, mereka mahu melihat sendiri dengan mata mereka sebagai bukti barulah mereka percaya dan imani apa yang disampaikan kepada mereka. Dari sekecil-kecil perbuatan senyum kepada kedua ibu bapa sudah cukup untukku menjadikan ia sebuah jawapan kepada Allah di Akhirat kelak asalkan niat ku hanyalah IlaAllah, Ma'allah dan Fillah..

Moga Allah redha..Allahu'alam

Nur Aini
0723 
Johor, Msia


No comments:

Post a Comment